CARI MAKLUMAT TAMBAHAN

Tuesday, June 28, 2011

PANDUAN MEMBELI DSLR

Memandangkan ramai yang nak pakai DSLR sekarang ni, sebagai newbie aku nak berkongsi antara tips2 nak membeli DSLR. Mungkin tak lengkap tapi boleh lah sebagai penyedap hati untuk sape2 yang baru nak menceburi bidang yang amat indah ini. hahahahahaha




1. Keperluan atau kehendak

Benda 1st paling penting mesti la niat. Ada orang beli sebab trend. Ada orang beli sebab nak cari duit. Ada orang beli sebab hobi. Niat kena betul. Kalau memang hobi atau nak cari side income, ok la. Tapi bila melibatkan trend ni. Aku tak berapa gemar. Malas nak tembak banyak2 sebab dah ramai blogger tembak kot. Cursingmalay pun ada tulis pasal trend DSLR ni.
Bagi aku sape2 pun boleh start nak jadikan hobi. Asalkan bila beli DSLR tu guna betul2. Nanti takde lah baru beli sebulan dah jual balik sebab terperap tak guna, ataupun just tayang bawak kat shopping kompleks sambil berlagak dalam hati (aku ade DSLR. korang ada?)

2. Tengok bajet

Benda ni pun penting. DSLR bukan murah2 brader walaupun ‘pro2r42; DSLR kata RM3000 tu murah giler. Bagi newbie2, RM2000 pun dah mahal. So, bagi sesape nak start dengan bajet rendah, aku cadangkan beli yang secondhand. Tapi kena pandai cari la. Jangan kena tipu dengan yang dah berfungus, shutter count dah recycle beratus ribu.
Dan paling penting masa nak beli DSLR ni, baca no. 3 dulu.

3. Belajar asas DSLR

Asas ni untuk elakkan korang kena tipu dan memudahkan bila dah memiliki DSLR. Nanti orang tanya apa itu ISO, shutter, apa tu baru menggelabah nak buka buku kan dah segan. Kaji dulu function2 DSLR. Baru tak kena kelentong dengan tuan kedai atau orang yang jual.
Contohya kalau nak beli yang second, tengok body ade calar tak, skrin ade pixel dot yang mati ke tak, try gune auto focus ade bunyi bising ke berdesir ke, kalau boleh check sekali shutter count berapa.

4. Jangan dengar cakap2 orang

Perlu diingat sekeliling kita ramai yang ada PHD. Perasaan hasad dengki (PHD) ni memang tak boleh tengok orang senang. So, kalau ada yang downkan korang, buat bodoh je. Lagi satu tak perlu terpengaruh sangat dengan cercaan dan kejian dalam blog2 pasal newbie DSLR. Yang penting point no. 1 tadi, niat kena betul.
Lagi satu jangan dengar le pasal Branding2 ni. Contohnya

brand C lagi bagus dari N
brand S orang tak pakai la der
brand O? mane ada orang pakai bro..
gambar N lagi cun dari C

Yang membezakan adalah spec camera tu sendiri. Tak kira la brand N, C, S or O. Nak senang, kalau ada member pakai N, beli N. Bukan apa, mudah nak pinjam lens, speedlite dan senang nak mintak ajar sebab lain brand lain features dia.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger