CARI MAKLUMAT TAMBAHAN

Tuesday, April 12, 2011

KASUT CROCS

Kasut crocs yang menjadi trend di Malaysia kini kerana ianya mudah dipakai dan selesa. Di mana-mana orang menjual kasut crocs ni, di pasaraya, di pasar malam malah di tepi-tepi jalan. Ada jer canopy segera dipasang untuk menjual kasut crocs.
Kalau dah di pasar malam tu terang-teranglah ia adalah kasut crocs tiruan. Berhati-hati membeli kasut crocs tiruan ini kerana saya mendapat email berkenaan lambang crocs tiruan ini yang ada iras-iras kalimah Allah. Mungkin orang kata saya ni terlalu sensitif, takpelah bab-bab agama ni kita memang perlu sensitif terutama ianya akan dijadikan alas kaki. kemungkinan disengajakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sengaja untuk menghina kesucian Islam
Ini adalah logo crocs yang ori..



Ini pula logo crocs yang dimaksudkan
kasut crocs


Sunday, April 3, 2011

MAHARAJA LAWAK

Senarai peserta maharaja lawak 1 april 2011


maharaja lawak astro

Program Maharaja Lawak baru sahaja memulakan siarannya 1 April lepas. program ini akan berjumpa dengan anda pada setiap Jumaat, pukul 10 malam di Astro Warna (saluran 132).

Pengacara
AC Mizal

Senarai Perserta
Yus
Tauke
Johan & Zizan (Jozan)
Nabil
Kumpulan XN3
Kumpulan Sepah
Jihan
Amir
Kecik
Idlan
Alex
Finalis Raja Lawak 5

Hadiah
Juara – Wang tunai RM300,000
Naib Juara – Wang tunai RM200,000
Tempat Ketiga – Wang tunai RM100,000

Sistem Undian
50% Juri
50% SMS

Peserta Maharaja Lawak pilihan Wira malaya ialah Jozan,mereka kelakar dan popular. Siapa pula pilihan anda?

Friday, April 1, 2011

Maradona Latih Blackburn Rovers?


Khabar Angin bertiup kencang mengatakan Blackburn Rovers akan mengambil Diego Maradona sebagai jurulatih mereka. Diego Maradona yang merupakan bekas jurulatih Argentina di Piala Dunia 2010 lalu dikatakan pilihan tepat untuk membimbing pasukan Blackburn Rovers dengan reputasi Maradona yang merupakan antara pemain terbaik sepanjang zaman.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger