CARI MAKLUMAT TAMBAHAN

Wednesday, June 29, 2011

UNIKNYA BERSIN








B E R S I N merupakan rahmat dan nikmat untuk mencegah bahaya serta mudharat kepada otak demi menyihatkan anggota. Nabi Muhammad S.A.W. menyaran kepada sesama muslim agar mendoakan kerahmatan terhadapnya dengan ucapan 'Alhamdulillah'.

Antara adab ketika bersin ialah perlahankan suara, meletakkan tangan atau tisu atau sapu tangan di atas mulut dan hidung agar tidak terkeluar benda yang menjijikkan dan juga jangan memalingkan muka ke kiri dan kanan agar tidak memudaratkan orang sekitar.
Para ulama telah berselisih pendapat berkenaan hukum menjawab bersin, namun pendapat yang dapat ditarjihkan dari semua pendapat tersebut ialah menjawab bersin itu fardu kifayah apabila ditujukan kepada orang ramai dan fardu ain apabila untuk individu.

Tahukah anda apabila bersin, degupan jangung anda akan terhenti sedetik.... dan setelah anda yakin degupan anda masih terus berdegup, maka ucapkanlah 'Alhamdulillah' kerana anda masih hidup. Faedah bersin ialah dapat menghilangkan habuk-habuk, debu-debu serta beberapa penyakit dan bersin juga dapat menggambarkan seseorang itu sihat atau sebaliknya.

Sebagai rumusan, bersin yang dituntut menjawabnya ialah apabila orang yang bersin mengucapkan 'Alhamdulillah' dan orang yang mendengarnya hendaklah berkata "yarhamukallah", dan orang yang bersin itu menjawab semula "yahdikumullah wa yushlihabalakum"....




TIPS INTERNET PERCUMA







Pelayaran internet boleh menjadi sebuah pengalaman yang menarik atau sebaliknya jika menghadapi masalah. Untuk menjadikannya sebuah pengalaman yang menarik anda boleh bersedia dengan beberapa strategi yang berguna. Berikut adalah beberapa tip yang sesuai untuk anda gunakan semasa pelayaran web. Selamat mencuba.

Halang iklan
 

Kini semakin ramai pengguna mendapat iklan kamera X10 yang muncul secara tiba-tiba di skrin. Iklan ini menggunakan "pop-under ads" yang akan muncul secara senyap di belakang pelayar web anda. Walaupun ia tidak merbahaya tetapi ia agak membosankan. Untuk membunuh iklan ini ia berfungsi untuk 30 hari sahaja, klik pda bebutang More Info dan ia akan memaparkan laman web X10. Klik sambungan Customer Support dan klik kepada sambungan "Info on X10 advertising" kemudian pergi ke bawah laman dan kik pada Click Here! seterusnya klik pada sambungan yang akan mengelakkan iklan ini muncul lagi. Cookies pelayar web anda akan memadamkan ad tersebut.
 

Sambungan modem
 

Pengguna tentu marah dan kecewa apabila modem anda tiba-tiba terputus. Ini adalah tip untuk terus bersambung. Klik Start, Settings, dan Control Panel. Dalam Control Panel, dwi-klik ikon Modems. Klik Properties, Connection, dan klik bebutang Advanced. Dalam kekotak teks Extra Settings, taipkan S10=50. Arahan ini adalah untuk mengarahkan modem bersambung sebanyak tambahan lima saat jika talian terputus.
 

Jam bebunyi
 

MUSICMATCH Jukebox telah dilengkapi dengan jam loceng yang menggunakan lagu kegemaran anda. Untuk mencapai loceng ini, klik kanan pada ikon MUSICMATCH Jukebox dalam System Tray dan klik Alarm Settings. Dalam kekotak dialog Alarm Settings, anda akan dapat lihat loceng. Ia menggunakan kalendar sistem dan anda boleh tentukan loceng untuk masa dan hari yang berbeza. Pada ketika yang telah ditetapkan ia akan memainkan lagu yang telah ditentukan.
 

Tukar corak
 

Windows Media Player menggunakan paparan visual yang terdiri daripada denyutan dan ia berubah menurut rentak lagu. Anda boleh mengubah suai paparan ini kepada beberapa jenis. Pada Taskbar klik menu View, Visualizations, dan Musical Colors. Gunakan Star Power, Water Spray, atau pilihan lain. Jika anda tidak sukakan corak ini anda boleh cuba menu View, Visualizations, dan salah satu kategori seperti Plenoptic, Ambience, Dotplane, Spikes, atau Bars.

IE ringkas
 

Pengguna internet biasanya mempunyai laman web tertentu yang menjadi kegemaran mereka. Biasanya anda akan memasukkannya ke dalam senarai Favorites. Anda juga boleh membuat kependekan Desktop untuk laman web kegemaran anda. Caranya ialah pergi ke laman web kegemaran anda dan pergi ke sudut atas kiri pelayar web anda. Klik dan heret ikon IE tersebut ke desktop anda dan ikon laman web tersebut akan terbentuk.
 

Radio internet
 

Kualiti siaran radio internet RealPlayer bergantung kepada kelajuan capaian internet dan pilihan untuk mendengar semasa meluncur web. Dengan itu jika anda mahu mendengar sambil melayari web, anda perlu melakukan pengubahsuaian. Menu View, Preferences, Connection. Turunkan Connection kepada Normal dan Maximum Bandwidth untuk kelajuan yang kurang daripada kelajuan modem maksimum. Ia akan meningkatkan kualiti audio anda.
 

Kecilkan MP3

Pemain MP3 masa kini menggunakan banyak memori dan menerima storan tambahan untuk meningkatkan kapasiti. Dengan itu adalah baik untuk berjimat ruang. Semasa anda melakukan rakaman MP3, rakamlah ia dalam kelajuan 64Kbps dan tidak menggunakan 128Kbps. Cara ini fail MP3 akan menjadi kecil dan memberikan ruang yang lebih untuk lagu-lagu lain. Rakaman lagu MP3 pada 64Kbps adalah sama dengan kualiti bunyi FM.
 

Simpan Hotmail

Hotmail tidak mempunyai had jumlah nombor mesej yang boleh anda simpan dalam akuan anda pada satu-satu masa asalkan tidak melebihi 2MB. Untuk memeriksa jumlah saiz klik Folder pada Hotmail dan ia akan memaparkan jumlah saiz yang telah digunakan. Jika anda menggunakan Outlook Express 5, anda boleh memindahkan mesej anda kepada Outlook Express tanpa sebarang kerisauan mengenai had saiz dalam Hotmail. Tentukan folder mana dalam Outlook Express yang hendak anda gunakan untuk menyimpan Hotmail atau buat yang baru (File, New, dan Folder). Buka Inbox Hotmail dan klik serta heret mesej daripada Hotmail terus ke folder di Outlook Express.

Tuesday, June 28, 2011

PANDUAN MEMBELI DSLR

Memandangkan ramai yang nak pakai DSLR sekarang ni, sebagai newbie aku nak berkongsi antara tips2 nak membeli DSLR. Mungkin tak lengkap tapi boleh lah sebagai penyedap hati untuk sape2 yang baru nak menceburi bidang yang amat indah ini. hahahahahaha




1. Keperluan atau kehendak

Benda 1st paling penting mesti la niat. Ada orang beli sebab trend. Ada orang beli sebab nak cari duit. Ada orang beli sebab hobi. Niat kena betul. Kalau memang hobi atau nak cari side income, ok la. Tapi bila melibatkan trend ni. Aku tak berapa gemar. Malas nak tembak banyak2 sebab dah ramai blogger tembak kot. Cursingmalay pun ada tulis pasal trend DSLR ni.
Bagi aku sape2 pun boleh start nak jadikan hobi. Asalkan bila beli DSLR tu guna betul2. Nanti takde lah baru beli sebulan dah jual balik sebab terperap tak guna, ataupun just tayang bawak kat shopping kompleks sambil berlagak dalam hati (aku ade DSLR. korang ada?)

2. Tengok bajet

Benda ni pun penting. DSLR bukan murah2 brader walaupun ‘pro2r42; DSLR kata RM3000 tu murah giler. Bagi newbie2, RM2000 pun dah mahal. So, bagi sesape nak start dengan bajet rendah, aku cadangkan beli yang secondhand. Tapi kena pandai cari la. Jangan kena tipu dengan yang dah berfungus, shutter count dah recycle beratus ribu.
Dan paling penting masa nak beli DSLR ni, baca no. 3 dulu.

3. Belajar asas DSLR

Asas ni untuk elakkan korang kena tipu dan memudahkan bila dah memiliki DSLR. Nanti orang tanya apa itu ISO, shutter, apa tu baru menggelabah nak buka buku kan dah segan. Kaji dulu function2 DSLR. Baru tak kena kelentong dengan tuan kedai atau orang yang jual.
Contohya kalau nak beli yang second, tengok body ade calar tak, skrin ade pixel dot yang mati ke tak, try gune auto focus ade bunyi bising ke berdesir ke, kalau boleh check sekali shutter count berapa.

4. Jangan dengar cakap2 orang

Perlu diingat sekeliling kita ramai yang ada PHD. Perasaan hasad dengki (PHD) ni memang tak boleh tengok orang senang. So, kalau ada yang downkan korang, buat bodoh je. Lagi satu tak perlu terpengaruh sangat dengan cercaan dan kejian dalam blog2 pasal newbie DSLR. Yang penting point no. 1 tadi, niat kena betul.
Lagi satu jangan dengar le pasal Branding2 ni. Contohnya

brand C lagi bagus dari N
brand S orang tak pakai la der
brand O? mane ada orang pakai bro..
gambar N lagi cun dari C

Yang membezakan adalah spec camera tu sendiri. Tak kira la brand N, C, S or O. Nak senang, kalau ada member pakai N, beli N. Bukan apa, mudah nak pinjam lens, speedlite dan senang nak mintak ajar sebab lain brand lain features dia.

TIPS PENGURUSAN STRESS

15 TIPS


SOKONGAN
1. Dapatkan sokongan dari keluarga, pasangan atau rakan2 yang memahami dan sedia mendengar agar dapat mengurangkan tekanan.



SOLAT
2. Sembahyang dan mengingati Allah. Serahkan semua yang telah diusahakan padaNya.



DOA
3. Doa merupakan cara yang paling berkesan. Lafazkan dengan penuh keikhlasan dan pasrah, ia dapat menimbulkan ketenangan dalam hati.



MENTAL EXERCISE
4. Arahkan imaginasi kepada suatu yang positif@meditasi. Cari posisi yang selesa, pejam mata dan rehatkan otot2 kita. Tarik nafas dalam-dalam dan lepas perlahan-lahan. Bayangkan sesuatu yang menenangkan seperti ombak di pantai dll.



UBAH SUSUN ATUR RUMAH
5. Keadaan susun atur rumah yang tidak berubah kadangkala boleh menyesakkan diri. Cuba ubah susun atur rumah untuk merasakan suasana yang baru.



PENGURUSAN MASA
6. Setiap orang diberi 24 jam sehari dan hanya mereka yang bijak dalam mengendalikan masa akan mendapat faedah darinya.



PANDANGAN TERHADAP STRESS
7. Jangan pandang stress sebagai suatu yang negative keran stress juga penting untuk meningkatkan kualiti hidup. Cara kita menangani stress akan memberi kesan kepada hidup kita.



TERIMA KEKUATAN DAN KELAMAHAN DIRI
8. Terima kekuatan diri sebagai anugerah dan percaya bahawa segala kelemahan masih boleh dibaiki.



BERSEDIA BERKONGSI MASALAH
9. Kongsi masalah dengan seseorang yang dipercayai. Sememangnya tidak semua orang disekitar kita boleh dipercayai tetapi percaya lah, masih ada orang2 sedemikian yang boleh membantu.



KRITIKAN NEGATIF
10. Pandang kritikan negatif sebagai sesuatu yang membina dan jangan biarkan ia melamahkan semangat.



LAKUKAN PERUBAHAN
11. Bersedialah untuk menerima saranan dari orang lain dan belajar untuk berkompromi.



JAGA HUBUNGAN BAIK
12. Hubungan baik dengan orang sekeliling penting untuk meneruskan hidup dengan bahagia. Cari jalan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dengan cara yang terbaik untuk kedua-dua pihak. Minta maaf jika perlu.



KETAWA
13. Dalam keadaan yang sukar, tertawalah supaya dapat mengendurkan keadaan yang tegang.



BERGAUL DENGAN ORANG YANG POSITIF
14. Berada di sekitar orang-orang yang positif dan berhemah membuat diri kita turut merasa positif dan selesa.



MENYEMAI SIFAT EHSAN
15. Berehsan akan mendatangkan rasa kasih sayang dalam diri kita sekaligus membantu memperbaiki emosi diri kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger