CARI MAKLUMAT TAMBAHAN

Wednesday, June 29, 2011

TIPS INTERNET PERCUMA







Pelayaran internet boleh menjadi sebuah pengalaman yang menarik atau sebaliknya jika menghadapi masalah. Untuk menjadikannya sebuah pengalaman yang menarik anda boleh bersedia dengan beberapa strategi yang berguna. Berikut adalah beberapa tip yang sesuai untuk anda gunakan semasa pelayaran web. Selamat mencuba.

Halang iklan
 

Kini semakin ramai pengguna mendapat iklan kamera X10 yang muncul secara tiba-tiba di skrin. Iklan ini menggunakan "pop-under ads" yang akan muncul secara senyap di belakang pelayar web anda. Walaupun ia tidak merbahaya tetapi ia agak membosankan. Untuk membunuh iklan ini ia berfungsi untuk 30 hari sahaja, klik pda bebutang More Info dan ia akan memaparkan laman web X10. Klik sambungan Customer Support dan klik kepada sambungan "Info on X10 advertising" kemudian pergi ke bawah laman dan kik pada Click Here! seterusnya klik pada sambungan yang akan mengelakkan iklan ini muncul lagi. Cookies pelayar web anda akan memadamkan ad tersebut.
 

Sambungan modem
 

Pengguna tentu marah dan kecewa apabila modem anda tiba-tiba terputus. Ini adalah tip untuk terus bersambung. Klik Start, Settings, dan Control Panel. Dalam Control Panel, dwi-klik ikon Modems. Klik Properties, Connection, dan klik bebutang Advanced. Dalam kekotak teks Extra Settings, taipkan S10=50. Arahan ini adalah untuk mengarahkan modem bersambung sebanyak tambahan lima saat jika talian terputus.
 

Jam bebunyi
 

MUSICMATCH Jukebox telah dilengkapi dengan jam loceng yang menggunakan lagu kegemaran anda. Untuk mencapai loceng ini, klik kanan pada ikon MUSICMATCH Jukebox dalam System Tray dan klik Alarm Settings. Dalam kekotak dialog Alarm Settings, anda akan dapat lihat loceng. Ia menggunakan kalendar sistem dan anda boleh tentukan loceng untuk masa dan hari yang berbeza. Pada ketika yang telah ditetapkan ia akan memainkan lagu yang telah ditentukan.
 

Tukar corak
 

Windows Media Player menggunakan paparan visual yang terdiri daripada denyutan dan ia berubah menurut rentak lagu. Anda boleh mengubah suai paparan ini kepada beberapa jenis. Pada Taskbar klik menu View, Visualizations, dan Musical Colors. Gunakan Star Power, Water Spray, atau pilihan lain. Jika anda tidak sukakan corak ini anda boleh cuba menu View, Visualizations, dan salah satu kategori seperti Plenoptic, Ambience, Dotplane, Spikes, atau Bars.

IE ringkas
 

Pengguna internet biasanya mempunyai laman web tertentu yang menjadi kegemaran mereka. Biasanya anda akan memasukkannya ke dalam senarai Favorites. Anda juga boleh membuat kependekan Desktop untuk laman web kegemaran anda. Caranya ialah pergi ke laman web kegemaran anda dan pergi ke sudut atas kiri pelayar web anda. Klik dan heret ikon IE tersebut ke desktop anda dan ikon laman web tersebut akan terbentuk.
 

Radio internet
 

Kualiti siaran radio internet RealPlayer bergantung kepada kelajuan capaian internet dan pilihan untuk mendengar semasa meluncur web. Dengan itu jika anda mahu mendengar sambil melayari web, anda perlu melakukan pengubahsuaian. Menu View, Preferences, Connection. Turunkan Connection kepada Normal dan Maximum Bandwidth untuk kelajuan yang kurang daripada kelajuan modem maksimum. Ia akan meningkatkan kualiti audio anda.
 

Kecilkan MP3

Pemain MP3 masa kini menggunakan banyak memori dan menerima storan tambahan untuk meningkatkan kapasiti. Dengan itu adalah baik untuk berjimat ruang. Semasa anda melakukan rakaman MP3, rakamlah ia dalam kelajuan 64Kbps dan tidak menggunakan 128Kbps. Cara ini fail MP3 akan menjadi kecil dan memberikan ruang yang lebih untuk lagu-lagu lain. Rakaman lagu MP3 pada 64Kbps adalah sama dengan kualiti bunyi FM.
 

Simpan Hotmail

Hotmail tidak mempunyai had jumlah nombor mesej yang boleh anda simpan dalam akuan anda pada satu-satu masa asalkan tidak melebihi 2MB. Untuk memeriksa jumlah saiz klik Folder pada Hotmail dan ia akan memaparkan jumlah saiz yang telah digunakan. Jika anda menggunakan Outlook Express 5, anda boleh memindahkan mesej anda kepada Outlook Express tanpa sebarang kerisauan mengenai had saiz dalam Hotmail. Tentukan folder mana dalam Outlook Express yang hendak anda gunakan untuk menyimpan Hotmail atau buat yang baru (File, New, dan Folder). Buka Inbox Hotmail dan klik serta heret mesej daripada Hotmail terus ke folder di Outlook Express.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...