CARI MAKLUMAT TAMBAHAN

Wednesday, June 29, 2011

TIPS INTERNET PERCUMA







Pelayaran internet boleh menjadi sebuah pengalaman yang menarik atau sebaliknya jika menghadapi masalah. Untuk menjadikannya sebuah pengalaman yang menarik anda boleh bersedia dengan beberapa strategi yang berguna. Berikut adalah beberapa tip yang sesuai untuk anda gunakan semasa pelayaran web. Selamat mencuba.

Halang iklan
 

Kini semakin ramai pengguna mendapat iklan kamera X10 yang muncul secara tiba-tiba di skrin. Iklan ini menggunakan "pop-under ads" yang akan muncul secara senyap di belakang pelayar web anda. Walaupun ia tidak merbahaya tetapi ia agak membosankan. Untuk membunuh iklan ini ia berfungsi untuk 30 hari sahaja, klik pda bebutang More Info dan ia akan memaparkan laman web X10. Klik sambungan Customer Support dan klik kepada sambungan "Info on X10 advertising" kemudian pergi ke bawah laman dan kik pada Click Here! seterusnya klik pada sambungan yang akan mengelakkan iklan ini muncul lagi. Cookies pelayar web anda akan memadamkan ad tersebut.
 

Sambungan modem
 

Pengguna tentu marah dan kecewa apabila modem anda tiba-tiba terputus. Ini adalah tip untuk terus bersambung. Klik Start, Settings, dan Control Panel. Dalam Control Panel, dwi-klik ikon Modems. Klik Properties, Connection, dan klik bebutang Advanced. Dalam kekotak teks Extra Settings, taipkan S10=50. Arahan ini adalah untuk mengarahkan modem bersambung sebanyak tambahan lima saat jika talian terputus.
 

Jam bebunyi
 

MUSICMATCH Jukebox telah dilengkapi dengan jam loceng yang menggunakan lagu kegemaran anda. Untuk mencapai loceng ini, klik kanan pada ikon MUSICMATCH Jukebox dalam System Tray dan klik Alarm Settings. Dalam kekotak dialog Alarm Settings, anda akan dapat lihat loceng. Ia menggunakan kalendar sistem dan anda boleh tentukan loceng untuk masa dan hari yang berbeza. Pada ketika yang telah ditetapkan ia akan memainkan lagu yang telah ditentukan.
 

Tukar corak
 

Windows Media Player menggunakan paparan visual yang terdiri daripada denyutan dan ia berubah menurut rentak lagu. Anda boleh mengubah suai paparan ini kepada beberapa jenis. Pada Taskbar klik menu View, Visualizations, dan Musical Colors. Gunakan Star Power, Water Spray, atau pilihan lain. Jika anda tidak sukakan corak ini anda boleh cuba menu View, Visualizations, dan salah satu kategori seperti Plenoptic, Ambience, Dotplane, Spikes, atau Bars.

IE ringkas
 

Pengguna internet biasanya mempunyai laman web tertentu yang menjadi kegemaran mereka. Biasanya anda akan memasukkannya ke dalam senarai Favorites. Anda juga boleh membuat kependekan Desktop untuk laman web kegemaran anda. Caranya ialah pergi ke laman web kegemaran anda dan pergi ke sudut atas kiri pelayar web anda. Klik dan heret ikon IE tersebut ke desktop anda dan ikon laman web tersebut akan terbentuk.
 

Radio internet
 

Kualiti siaran radio internet RealPlayer bergantung kepada kelajuan capaian internet dan pilihan untuk mendengar semasa meluncur web. Dengan itu jika anda mahu mendengar sambil melayari web, anda perlu melakukan pengubahsuaian. Menu View, Preferences, Connection. Turunkan Connection kepada Normal dan Maximum Bandwidth untuk kelajuan yang kurang daripada kelajuan modem maksimum. Ia akan meningkatkan kualiti audio anda.
 

Kecilkan MP3

Pemain MP3 masa kini menggunakan banyak memori dan menerima storan tambahan untuk meningkatkan kapasiti. Dengan itu adalah baik untuk berjimat ruang. Semasa anda melakukan rakaman MP3, rakamlah ia dalam kelajuan 64Kbps dan tidak menggunakan 128Kbps. Cara ini fail MP3 akan menjadi kecil dan memberikan ruang yang lebih untuk lagu-lagu lain. Rakaman lagu MP3 pada 64Kbps adalah sama dengan kualiti bunyi FM.
 

Simpan Hotmail

Hotmail tidak mempunyai had jumlah nombor mesej yang boleh anda simpan dalam akuan anda pada satu-satu masa asalkan tidak melebihi 2MB. Untuk memeriksa jumlah saiz klik Folder pada Hotmail dan ia akan memaparkan jumlah saiz yang telah digunakan. Jika anda menggunakan Outlook Express 5, anda boleh memindahkan mesej anda kepada Outlook Express tanpa sebarang kerisauan mengenai had saiz dalam Hotmail. Tentukan folder mana dalam Outlook Express yang hendak anda gunakan untuk menyimpan Hotmail atau buat yang baru (File, New, dan Folder). Buka Inbox Hotmail dan klik serta heret mesej daripada Hotmail terus ke folder di Outlook Express.

Tuesday, June 28, 2011

PANDUAN MEMBELI DSLR

Memandangkan ramai yang nak pakai DSLR sekarang ni, sebagai newbie aku nak berkongsi antara tips2 nak membeli DSLR. Mungkin tak lengkap tapi boleh lah sebagai penyedap hati untuk sape2 yang baru nak menceburi bidang yang amat indah ini. hahahahahaha




1. Keperluan atau kehendak

Benda 1st paling penting mesti la niat. Ada orang beli sebab trend. Ada orang beli sebab nak cari duit. Ada orang beli sebab hobi. Niat kena betul. Kalau memang hobi atau nak cari side income, ok la. Tapi bila melibatkan trend ni. Aku tak berapa gemar. Malas nak tembak banyak2 sebab dah ramai blogger tembak kot. Cursingmalay pun ada tulis pasal trend DSLR ni.
Bagi aku sape2 pun boleh start nak jadikan hobi. Asalkan bila beli DSLR tu guna betul2. Nanti takde lah baru beli sebulan dah jual balik sebab terperap tak guna, ataupun just tayang bawak kat shopping kompleks sambil berlagak dalam hati (aku ade DSLR. korang ada?)

2. Tengok bajet

Benda ni pun penting. DSLR bukan murah2 brader walaupun ‘pro2r42; DSLR kata RM3000 tu murah giler. Bagi newbie2, RM2000 pun dah mahal. So, bagi sesape nak start dengan bajet rendah, aku cadangkan beli yang secondhand. Tapi kena pandai cari la. Jangan kena tipu dengan yang dah berfungus, shutter count dah recycle beratus ribu.
Dan paling penting masa nak beli DSLR ni, baca no. 3 dulu.

3. Belajar asas DSLR

Asas ni untuk elakkan korang kena tipu dan memudahkan bila dah memiliki DSLR. Nanti orang tanya apa itu ISO, shutter, apa tu baru menggelabah nak buka buku kan dah segan. Kaji dulu function2 DSLR. Baru tak kena kelentong dengan tuan kedai atau orang yang jual.
Contohya kalau nak beli yang second, tengok body ade calar tak, skrin ade pixel dot yang mati ke tak, try gune auto focus ade bunyi bising ke berdesir ke, kalau boleh check sekali shutter count berapa.

4. Jangan dengar cakap2 orang

Perlu diingat sekeliling kita ramai yang ada PHD. Perasaan hasad dengki (PHD) ni memang tak boleh tengok orang senang. So, kalau ada yang downkan korang, buat bodoh je. Lagi satu tak perlu terpengaruh sangat dengan cercaan dan kejian dalam blog2 pasal newbie DSLR. Yang penting point no. 1 tadi, niat kena betul.
Lagi satu jangan dengar le pasal Branding2 ni. Contohnya

brand C lagi bagus dari N
brand S orang tak pakai la der
brand O? mane ada orang pakai bro..
gambar N lagi cun dari C

Yang membezakan adalah spec camera tu sendiri. Tak kira la brand N, C, S or O. Nak senang, kalau ada member pakai N, beli N. Bukan apa, mudah nak pinjam lens, speedlite dan senang nak mintak ajar sebab lain brand lain features dia.

TIPS PENGURUSAN STRESS

15 TIPS


SOKONGAN
1. Dapatkan sokongan dari keluarga, pasangan atau rakan2 yang memahami dan sedia mendengar agar dapat mengurangkan tekanan.



SOLAT
2. Sembahyang dan mengingati Allah. Serahkan semua yang telah diusahakan padaNya.



DOA
3. Doa merupakan cara yang paling berkesan. Lafazkan dengan penuh keikhlasan dan pasrah, ia dapat menimbulkan ketenangan dalam hati.



MENTAL EXERCISE
4. Arahkan imaginasi kepada suatu yang positif@meditasi. Cari posisi yang selesa, pejam mata dan rehatkan otot2 kita. Tarik nafas dalam-dalam dan lepas perlahan-lahan. Bayangkan sesuatu yang menenangkan seperti ombak di pantai dll.



UBAH SUSUN ATUR RUMAH
5. Keadaan susun atur rumah yang tidak berubah kadangkala boleh menyesakkan diri. Cuba ubah susun atur rumah untuk merasakan suasana yang baru.



PENGURUSAN MASA
6. Setiap orang diberi 24 jam sehari dan hanya mereka yang bijak dalam mengendalikan masa akan mendapat faedah darinya.



PANDANGAN TERHADAP STRESS
7. Jangan pandang stress sebagai suatu yang negative keran stress juga penting untuk meningkatkan kualiti hidup. Cara kita menangani stress akan memberi kesan kepada hidup kita.



TERIMA KEKUATAN DAN KELAMAHAN DIRI
8. Terima kekuatan diri sebagai anugerah dan percaya bahawa segala kelemahan masih boleh dibaiki.



BERSEDIA BERKONGSI MASALAH
9. Kongsi masalah dengan seseorang yang dipercayai. Sememangnya tidak semua orang disekitar kita boleh dipercayai tetapi percaya lah, masih ada orang2 sedemikian yang boleh membantu.



KRITIKAN NEGATIF
10. Pandang kritikan negatif sebagai sesuatu yang membina dan jangan biarkan ia melamahkan semangat.



LAKUKAN PERUBAHAN
11. Bersedialah untuk menerima saranan dari orang lain dan belajar untuk berkompromi.



JAGA HUBUNGAN BAIK
12. Hubungan baik dengan orang sekeliling penting untuk meneruskan hidup dengan bahagia. Cari jalan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dengan cara yang terbaik untuk kedua-dua pihak. Minta maaf jika perlu.



KETAWA
13. Dalam keadaan yang sukar, tertawalah supaya dapat mengendurkan keadaan yang tegang.



BERGAUL DENGAN ORANG YANG POSITIF
14. Berada di sekitar orang-orang yang positif dan berhemah membuat diri kita turut merasa positif dan selesa.



MENYEMAI SIFAT EHSAN
15. Berehsan akan mendatangkan rasa kasih sayang dalam diri kita sekaligus membantu memperbaiki emosi diri kita.

Thursday, May 5, 2011

Najib : dunia akan aman tanpa osama bin laden

assalamulaikum


korang ingat lagi tak kenyataan 'PM' pasal osama ?? 


"Datuk Seri Najib Razak berkata dunia akan lebih selamat dan aman berikutan kematian pemimpin pengganas Al-Qaeda, Osama bin Laden, dalam satu operasi oleh pihak keselamatan Amerika Syarikat bersama Pakistan di luar Islamabad hari ini." - Harian Metro


ada yang cakap kat aku yang :

  • Osama tak wujud, propaganda us je. 
  • Osama ialah agent us untuk menjahanamkan dunia arab. 
  • Osama ialah penipu dan munafiq yang cuba mencemarkan imej islam. 
tapi bagi aku osama ni perjuang jihad, dia perjuang untuk agama islam yang suci..











astaghfirullah al azim, Apa yang menyedihkan apabila Perdana Menteri kita, yang mana seorang pemimpin negara Islam, Dato' Seri Najib Tun Razak mengeluarkan kenyataan seperti di atas.


Kenyataan Najib tersebut seolah-olah menyokong Amerika dan Yahudi. Adakah Najib ni ejen Amerika atau Yahudi? Ada tak bukti yang peristiwa 11 september yang banyak mengorbankan orang awam tersebut didalangi oleh Osama? Sampai sekarang pun Amerika masih gagal membuktikan penglibatan Osama. Kenapa kita sebagai orang Islam perlu ikut rentak Amerika melabelkan Osama dan Al-Qaeda sebagai pengganas?

Adakah Osama bin Laden pemegang kunci keamanan dunia? Ungkapan Najib itu menggambarkan pejuang Islam adalah pengganas dan wajib dihapuskan kerana kewujudan mereka menyebabkan dunia huru-hara dan tidak aman. Rakyat Palestin kena bunuh disebabkan Osama Laden kah?

Yang nyatanya, Amerika dan Yahudi adalah penganas sebenar. Kerana Israel, ramai umat Islam Palestin ditindas dan dibunuh. Amerika pula telah banyak membunuh orang awam di Iraq, Afghanistan dan yang terbaru di Syria. Sebenarnya, puak kafir Amerika dan Yahudi Laknatullah itulah sepatutnya dihapuskan bagi menjamin keamanan dunia. Bukan Osama Laden seperti yang didakwa Najib.

Cuba kalu berani, Najib keluarkan kenyataan "Dunia akan lebih selamat kalau Israel dan Amerika dihapuskan". 








Apa pendapat anda? Buang jauh-jauh fikiran anda mengenai politik. Baca entry ini sebagai seorang yang cintakan Islam. Berfikirlah secara rasional. Err.. Takut nak komen sebab risau kena saman? Tak payah komen.. Biaq aku sorang saja kena saman. ALLAH HU AKBAR !!!!!!!!!!!! 

Tuesday, May 3, 2011

MENGAPA SEMBAH KAABAH

Mengapa sembah Kaabah? Persoalan itu selalu terngiang-ngiang dalam benak fikiran Jacky. 

Lalu dia pergi bertanyakan kepada seorang sahabatnya Ahmad. 

Jacky: "Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"


Ahmad: "Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"


Jacky: "Baitullah tu apa?"


Ahmad: "Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"


Jacky: "Allah ada dalam tu?"


Ahmad: "Tak.."


Jacky: "Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"


Ahmad: "Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."


Jacky: "Kamu sembah apa?"


Ahmad: "Saya sembah Allah swt"


Jacky: "Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"


Ahmad: "Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."


Jacky: "Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."


Ahmad: "Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"


Jacky: "Pernah.. selalu.."


Ahmad: "Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"


Jacky: "Tengok perlawanan bola la.."


Ahmad: "Di mana?"


Jacky: "Dalam tv la.."


Ahmad: "Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."


Jacky: "Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."


Ahmad: "Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."


Jacky: "So..?"


Ahmad: "Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"


Jacky: "Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."


Ahmad: "Peliknya.."


Jacky: "Sebab apa pulak pelik?"


Ahmad: "Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."


Jacky: "Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."


Ahmad: "Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"


Jacky: "Ya.. tak pelik.."


Ahmad: "Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."


Jacky: "Erk.. kau betul.."

maka terjawablah persoalan Jacky selama ini. 

Tuesday, April 12, 2011

KASUT CROCS

Kasut crocs yang menjadi trend di Malaysia kini kerana ianya mudah dipakai dan selesa. Di mana-mana orang menjual kasut crocs ni, di pasaraya, di pasar malam malah di tepi-tepi jalan. Ada jer canopy segera dipasang untuk menjual kasut crocs.
Kalau dah di pasar malam tu terang-teranglah ia adalah kasut crocs tiruan. Berhati-hati membeli kasut crocs tiruan ini kerana saya mendapat email berkenaan lambang crocs tiruan ini yang ada iras-iras kalimah Allah. Mungkin orang kata saya ni terlalu sensitif, takpelah bab-bab agama ni kita memang perlu sensitif terutama ianya akan dijadikan alas kaki. kemungkinan disengajakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sengaja untuk menghina kesucian Islam
Ini adalah logo crocs yang ori..



Ini pula logo crocs yang dimaksudkan
kasut crocs


Sunday, April 3, 2011

MAHARAJA LAWAK

Senarai peserta maharaja lawak 1 april 2011


maharaja lawak astro

Program Maharaja Lawak baru sahaja memulakan siarannya 1 April lepas. program ini akan berjumpa dengan anda pada setiap Jumaat, pukul 10 malam di Astro Warna (saluran 132).

Pengacara
AC Mizal

Senarai Perserta
Yus
Tauke
Johan & Zizan (Jozan)
Nabil
Kumpulan XN3
Kumpulan Sepah
Jihan
Amir
Kecik
Idlan
Alex
Finalis Raja Lawak 5

Hadiah
Juara – Wang tunai RM300,000
Naib Juara – Wang tunai RM200,000
Tempat Ketiga – Wang tunai RM100,000

Sistem Undian
50% Juri
50% SMS

Peserta Maharaja Lawak pilihan Wira malaya ialah Jozan,mereka kelakar dan popular. Siapa pula pilihan anda?

Friday, April 1, 2011

Maradona Latih Blackburn Rovers?


Khabar Angin bertiup kencang mengatakan Blackburn Rovers akan mengambil Diego Maradona sebagai jurulatih mereka. Diego Maradona yang merupakan bekas jurulatih Argentina di Piala Dunia 2010 lalu dikatakan pilihan tepat untuk membimbing pasukan Blackburn Rovers dengan reputasi Maradona yang merupakan antara pemain terbaik sepanjang zaman.

Monday, March 14, 2011

Gambar-gambar tsunami di japan 2011


keadaan japan sebelum tsunami











keadaan japan selepas tsunami















   


Mari kita bersama-sama menjaga alam sekitar supaya kejadian bergini dapat di elakkan....
bersama-sama kita sayang bumi kita....


Saturday, March 12, 2011

DADAH MEMBUNUH


PENGERTIAN DADAH

Dadah ialah apa-apa juga bahan kimia, samada asli atau tiruan, apabila dimasukkan kedalam tubuh badan secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental.
JENIS-JENIS DADAH
 
Dadah boleh dibahagikan kepada lima bahagian.
    1. Opait
    2. Perangsang (stimulants)
    3. Penekanan (Depressants)
    4. Hallucinogen
    5. Ganja (Cannabis)
OPAIT
Dadah yang paling merbahaya dan banyak sekali disalahgunakan. Dadah dalam golongan ini ialah:- Asli, Candu, Morfin, Heroin, Kodein, Ganja

PERGANTUNGAN PADA DADAH (DRUG DEPENDENCE)

Pergantungan pada dadah adalah keadaan keperluan secara fizikal atau psikologi atau kedua-duanya, yang wujud daripada penggunaan dadah yang berterusan atau diwaktu-waktu tertentu. Pergantungan psikologi atau jiwa ialah satu istilah biasanya dimaksudkan kepada satu idaman kuat yang berlebih-lebihan terhadap bahan-bahan tertentu tetapi tidak ada pergantungan badan. Pergantungan fizikal atau badan ialah penyesuaian badan secara jasmaniah terhadap wujudnya sejenis dadah secara berterusan. Apabila pergantungan ini telah dibina, badan bertindak dengan tanda-tanda yang boleh diteka, sekiranya dadah itu diberhentikan bekalannya serta merta. Sifat dan kekuatan tanda-tanda pengunduran itu bergantung pada dadah yang sedang digunakan dan banyak dose yang diperolehi tiap-tiap hari.

JENIS-JENIS DADAH YANG KERAP DIGUNAKAN DINEGERI INI

Walaupun penggunaan dadah yang ditentukan oleh doktor telah mendapat perhatian pihak berkuasa. Dadah-dadah yang kerap digunakan adalah Heroin, Morfin, Candu, ganja (hashish atau marijuanan atau cannabis), amphetamin, barbitured, pill mx, kokain dan lain-lain.
APAKAH FAKTOR-FAKTOR MEMBAWA KEPADA SALAHGUNA DADAH 
Mengikut kajian oleh pakar-pakar perubatan dan juga pakar-pakar yang membuat penyelidikan atas penagih-penagih dadah dan juga mereka-mereka yang menyalahgunakan dadah adalah seperti berikut:-
    1. Ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencuba-cuba oleh dirinya sendiri.
    2. Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya tiap-tiap jenis dadah itu.
    3. Dipengaruhi oleh kawan-kawannya dan oleh sebab hendak menyesuaikan dirinya dengan sesuatu kumpulan yang sebaya dengannya.
    4. Mencari ketenteraman jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah kehidupan.
    5. Menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya.
    6. Untuk menghilangkan kerunsingan yang didatangkan oleh desakan ibubapa.
    7. Tidak menggunakan masa lapangnya dengan perkara-perkara yang berfaedah.
    8. Mengikut tekanan darah mudanya dengan kehendak hatinya.
    9. Kerana keporak perandaan rumahtangga.
    10. Kerana tidak ada kemesraan yang baik diantara ibubapa dan anak-anak.
    11. Kerana ingin berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi daripada yang termampu olehnya.
    12. Kerana adanya dadah dan kebijaksanaan pengedar-pengedar dadah untuk menjalankan pengaruhnya.
    13. Kurang pengetahuan Agama dan penghayatan nilai-nilai Agama.
 
 

Wednesday, November 24, 2010

BALA PASTI TURUN...............


BALA PASTI AKAN TURUN APABILA BERLAKUNYA...
Peringatan Hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi dari Ali (r.a.): Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun ke atas mereka iaitu:
- Apabila kekayaan Negara hanya dimiliki oleh orang2 tertentu sahaja.

- Apabila amanah dijadikan sumber memperolehi keuntungan.
- Zakat dijadikan hutang (tidak bayar zakat).
- Suami taat pada isteri.
- Anak mendurhakai ibunya.
- (sedangkan ia) berbaik-baik dengan temannya.
- (dan) menjauhkan diri dari bapanya.
- Suara-suara ditinggikan di dalam masjid.
- Orang yg paling hina dikalangan satu kaum menjadi ketua kaum itu.
- Seseorang itu dimuliakan kerana kejahatannya.
- Arak diminum di merata-rata tempat.
- Kaum lelaki ramai yang memakai sutera (pakaian perempuan).
- Artis-artis disanjung tinggi dan dipuja.
- Banyak jenis muzik dimainkan.
- Generasi umat Islam pada zaman ini menyalahkan generasi yang terdahulu.

Maka sabda Baginda s.a.w. lagi: “Hendaklah mereka menanti ketibaan tiupan angin merah, atau gempa bumi ataupun mereka akan ditukar menjadi makhluk lain.!!!!!!!!!!!!!

(sumber dari internet).......
(zonbebas.com)..........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger