CARI MAKLUMAT TAMBAHAN

Wednesday, August 17, 2011

PENCEGAHAN JENAYAH (PECAH RUMAH)

PECAH RUMAH

Bila kes pecah rumah sering berlaku :-

1. Ketika penghuni tiada di rumah, sama ada siang mahupun malam.
2. Apabila tahap kerjasama sesama jiran kurang, malah tidak mengenali antara satu sama lain.
3. Apabila ada tanda-tanda kecuaian penghuni dalam aspek keselamatan rumahnya.

Langkah anda sebagai penghuni rumah yang berwaspada :-

1. Kunci pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah walaupun untuk masa yang singkat.
2. Jangan sembunyikan kunci rumah di dalam pasu, bawah alas kaki ataupun dalam rak kasut di luar rumah.
3. Jangan tinggalkan nota menunjukkan anda tiada di rumah.
4. Hentikan hantaran pesanan harian (surat khabar) apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari.
5. Pasang semula manga atau kunci rumah yang baru jika anda kehilangan anak kunci ataupun penyewa rumah bertukar. 
6. Elakkan dari memberi kunci rumah kepada kontraktor.
7. Simpan wang tunai di bank dan barang kemas di peti simpanan keselamatan.
8. Wujudkan suasana rumah yang berpenghuni seperti bunyi radio dan lampu terpasang pada waktu malam guna (timer), (alat kawalan waktu).
9. Cabut talian telefon bagi mengelakkan telefon berdering berterusan ataupun pasang sistem pesanan/simpanan suara (jangan maklum anda tiada di rumah).
10. Sertai program kejiranan, khususnya bersama polis untuk mengenali serta meningkatkan kerjasama antara komuniti dan polis.
11. Minta jiran tolong tengokkan rumah sepanjang ketiadaan anda di rumah dan kutip surat dalam peti surat, jika ada. 
12. Berikan nombor talian anda yang boleh dihubungi dan juga talian balai polis yang berhampiran.

Perlindungan keselamatan keadaan rumah:

1. Pintu utama dan pintu belakang perlu diperbuat dari bahan yang kukuh dan dilengkapi dengan sistem kunci yang berkualiti.
2. Pasang (door viewer) dan penyelak di pintu utama.
3. Pasang jeriji (grill) berkunci pada pintu dan tingkap rumah.
4. Pasang lampu (guna lampu yang jimat tenaga dan mesra alam) yang mempunyai alat pengesan untuk kawalan di luar rumah.
5. Pasang alat keselamatan tambahan seperti pengera dan (CCTV).
6. Simpan tangga dan peralatan (tools) di tempat yang selamat agar tidak digunakan oleh penceroboh.
7. Pastikan kebersihan persekitaran rumah agar tidak ditumbuhi lalang dan semak-samun yang boleh dijadikan tempat sembunyi penceroboh.
8. Pastikan sekitar kawasan pagar kita tidak mempunyai pokok yang boleh digunakan oleh penceroboh untuk memasuki rumah dengan mudah.

Ikuti perkembangan aktiviti polis ketika musim perayaan untukmengetahui akan program RakanCop serta program keselamatan Balik Kampung,terutamanya ketika musim perayaan.

PESANAN DARI PDRM
DAN WIRA MALAYA

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...