CARI MAKLUMAT TAMBAHAN

Sunday, July 3, 2011

6 sebab kenapa anda perlu merokok...????




kenapa ramai orang benci pada perokok? Pelik betul la. Kan 5/10 daripada lelaki dewasa kat Malaysia ni adalah perokok. Takkan nak benci diorang semua. Tak baik tau. Nanti dapat jodoh perokok jugak baru padan muka..

Sebenarnya perokok ni ada alasan tersendiri untuk merokok. Ingat diorang saje suka-suka je ke?




Untuk menguatkaan lagi statement aku. Ni ha, aku bagi 6 sebab kenapa korang perlu merokok:


1. Kenyang tanpa perlu mengunyah.

Best kan dengan sedut asap je dah boleh kenyang. Tak payah susah2 nak mengunyah, buang masa..


2. Nampak macam orang kaya.

Harga rokok semakin lama semakin mahal. Orang kaya je yang mampu beli rokok. Kalo tak merokok kena cop sebagai miskin. Biar la papa, asalkan bergaya..


3. Dah banyak sangat pahala.

Dah puas hidup. Pahala pun dah banyak sangat. Hidup lama-lama pun nak buat apa kan? Kalau mati sekarang pun lagi bagus..


4. Kaler paru-paru special berbanding orang lain.

Paru-paru berwarna hitam berkerak. Bila-bila masa je boleh reput. Korang ada ke?


5. Tak diganggu nyamuk.

Nyamuk, lalat semua pun lari, tak nak dekat. Lebih best kalau awek sendiri pon lari sebab dah tak tahan bau asap rokok..

6. Boleh bakar duit.



kalau nak bakar duit secara terang-terang nanti orang kata gila lar pula. baik hisap rokok orang tak kata gila, tapi orang akan kata dah nak mampus bdk ni...

Hah, "keistimewaan" jadi perokok pon aku dah bagi. So, lepas ni takde sebab dah korang kata TAK NAK pada rokok lagi kan..

Wakakaka...hahahahahhahaha
~Renung-renungkan dan selamat beramal~

4 comments:

NurIsme Khalid said...

komen saya is.....buat la entry kenapa lelaki kena stop dari merokok.ahahaha....:)

http://nurmaryamnurisme.blogspot.com/

PenDekAr LauT said...

Say no for rokok.. heheheeh

Wira malaya said...

terima kasih...
sudi baca entri sy...

Anonymous said...

skeptikal?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger