CARI MAKLUMAT TAMBAHAN

Wednesday, August 31, 2011

Manchester United

Man United calar maruah Arsenal 8-2

2011/08/29
LONDON: Wayne Rooney mencipta hatrik pertama di awal musim Liga Perdana Inggeris bagi memastikan kemenangan besar Manchester United ke atas Arsenal 8-2 di Old Trafford, sebentar tadi.
Rooney meledak pada minit ke-40 dan 62, kedua-duanya menerusi sepakan percuma di luar kotak penalti sebelum melengkapkan hatrik pada minit ke-81.
United memperoleh gol awal menerusi Danny Welbeck pada minit ke-21 sebelum Asley Young meledak pada minit ke- Theo Welcott menyamakan kedudukan pada minit ke-27. Theo Walcott kemudian menyumbat masuk pada minit ke-48.
Masuk separuh masa kedua Nani meledak pada minit ke-65 disusuli Park Ji Sung pada minit ke-69 sebelum Robin Van Persie memperoleh gol kedua Arsenal pada minit ke-73.
Young sekali lagi merembat jaringan pada minit ke-90 untuk melengkapkan kemenangan bersejarah United 8-2.

Sumber : Berita Harian

cuba lihat video arsenal kena buli....
hehehehehe


sedapnya

assalamulaikum... dan salam 1 malaysia....
wiramalaya nak ucapan kan selamat hari raya dan hari kemerdeka ke-54
bersama-sama kita menghargai hari yang mulia ni....
di bawah ni kuih-kuih yang sedap di makan waktu raya ni....
hehehehe......
raya ni sapa yang kenal wiramalaya jemput datang rumah ok...
tapi sebelum datang helo-helo dulu boleh wiramalaya masak sedap-sedap(beli kat kedai)
hahahaha







kuih Almond london


kuih tat nenas





nasi impit + sate..... sedap wooooo.......



ni gambar kuih raya yang agak pelik juga lar...!!! walaupon pelik tapi sedap dimakan...
nak rasa dtg rumah...
hehehehee


kuih ni rumah korang mesti tak ada kan!!!!!!!!!!!!
hehehehe


Wednesday, August 17, 2011

PENCEGAHAN JENAYAH (PECAH RUMAH)

PECAH RUMAH

Bila kes pecah rumah sering berlaku :-

1. Ketika penghuni tiada di rumah, sama ada siang mahupun malam.
2. Apabila tahap kerjasama sesama jiran kurang, malah tidak mengenali antara satu sama lain.
3. Apabila ada tanda-tanda kecuaian penghuni dalam aspek keselamatan rumahnya.

Langkah anda sebagai penghuni rumah yang berwaspada :-

1. Kunci pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah walaupun untuk masa yang singkat.
2. Jangan sembunyikan kunci rumah di dalam pasu, bawah alas kaki ataupun dalam rak kasut di luar rumah.
3. Jangan tinggalkan nota menunjukkan anda tiada di rumah.
4. Hentikan hantaran pesanan harian (surat khabar) apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari.
5. Pasang semula manga atau kunci rumah yang baru jika anda kehilangan anak kunci ataupun penyewa rumah bertukar. 
6. Elakkan dari memberi kunci rumah kepada kontraktor.
7. Simpan wang tunai di bank dan barang kemas di peti simpanan keselamatan.
8. Wujudkan suasana rumah yang berpenghuni seperti bunyi radio dan lampu terpasang pada waktu malam guna (timer), (alat kawalan waktu).
9. Cabut talian telefon bagi mengelakkan telefon berdering berterusan ataupun pasang sistem pesanan/simpanan suara (jangan maklum anda tiada di rumah).
10. Sertai program kejiranan, khususnya bersama polis untuk mengenali serta meningkatkan kerjasama antara komuniti dan polis.
11. Minta jiran tolong tengokkan rumah sepanjang ketiadaan anda di rumah dan kutip surat dalam peti surat, jika ada. 
12. Berikan nombor talian anda yang boleh dihubungi dan juga talian balai polis yang berhampiran.

Perlindungan keselamatan keadaan rumah:

1. Pintu utama dan pintu belakang perlu diperbuat dari bahan yang kukuh dan dilengkapi dengan sistem kunci yang berkualiti.
2. Pasang (door viewer) dan penyelak di pintu utama.
3. Pasang jeriji (grill) berkunci pada pintu dan tingkap rumah.
4. Pasang lampu (guna lampu yang jimat tenaga dan mesra alam) yang mempunyai alat pengesan untuk kawalan di luar rumah.
5. Pasang alat keselamatan tambahan seperti pengera dan (CCTV).
6. Simpan tangga dan peralatan (tools) di tempat yang selamat agar tidak digunakan oleh penceroboh.
7. Pastikan kebersihan persekitaran rumah agar tidak ditumbuhi lalang dan semak-samun yang boleh dijadikan tempat sembunyi penceroboh.
8. Pastikan sekitar kawasan pagar kita tidak mempunyai pokok yang boleh digunakan oleh penceroboh untuk memasuki rumah dengan mudah.

Ikuti perkembangan aktiviti polis ketika musim perayaan untukmengetahui akan program RakanCop serta program keselamatan Balik Kampung,terutamanya ketika musim perayaan.

PESANAN DARI PDRM
DAN WIRA MALAYA

Tuesday, August 16, 2011

3 words...

Miss Ann seorang cikgu perempuan yang mengajar Bahasa Inggeris untuk tahun
1. Dia bagi assignment kat murid-murid suruh cari 3 ayat Inggeris dan kemukakan
pada hari Isnin nanti.

Ketika dalam perjalan pulang, abu salah seorang anak murid cikgu itu
ternampak sepasang suami isteri keluar dari kereta dan sedang menjerit pada
satu sama lain. Dia terdengar lelaki tu menjerit "Shut up you !!". Apabila
sampai di rumah dia bertanya kepada bapanya, "shut up you" tu Bahasa Inggeris
ke? Bapa dia jawab, iye. Dapat dah satu perkataan, kata abu di dalam hati.

Lepas mandi dan makan, dia tengok tv cerita Superman. Masa superman
nak terbang dia kata "Superman !!!" dia tanya bapa dia lagi, Superman tu
Bahasa Inggeris dan bapa dia kata yes. Dua perkataan dah, kata abu.

Lepas tengok tv, dia ke perpustakaan, dia ternampak ada seorang lelaki
dan seorang perempuan sedang bertengkar berebut buku. Perempuan itu kata
"Ladies first" balik rumah dia tanya lagi dan bapa dia kata itu pun Bahasa
Inggeris. Ah, lega nya kata abu.


Hari Isnin dia ke sekolah, cikgu tanya dia tentang perkataan baru.


Cikgu: OK boy, did you get the words?

abu: Yes, teacher.

Cikgu: Good, what is your first word?

abu: Shut up you !!!

Cikgu: What did you say? Are you mad? Who do you think you are?

abu: Superman !!!

Cikgu: Bloody fool! Get out from this class

abu: Ladies First







Hik...hik... hik...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger